Home >> Chicken Recipes >> Ramadhan Recipes

Chicken Recipes

Ramadhan Recipes

•  Kerabu Ayam Dengan Mangga
•  Ayam Gajus Berkrim
•  Ayam Pedas Bersos Tomato
•  Soto Ayam Madura

Kerabu Ayam Dengan Mangga

 2 keping dada ayam Air-Chilled
  NutriPlus dibuang kulit
1 sudu teh garam
300gm mangga muda dihiris
1 biji bawang besar dihiris
6 biji cili padi ditumbuk
4 tangkai daun sup dipotong 3sm 
  panjang
1biji tomato dipotong dadu

Bahan-bahan perasa:

5 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar sos cili manis
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar gula halus


Cara-cara menyediakannya:

1. Peram dada ayam dengan garam dan kukus selama 10 min
    sehingga masak. Biarkan sejuk, kemudian hiris ayam dan
    ketepikan.

2. Campurkan semua bahan-bahan perasa dan kacau sehingga
    gula cair dan sebati.

3. Untuk menyediakannya letakkan ayam, mangga, bawang, cili
    padi, daun sup dan tomato. Tuangkan bahan-bahan perasa ke
    atasnya dan kacau sehingga rata.

4. Hidangkan segera....

Masa penyediaan: 20 min
Masa memasak:   10 min
Hidangan untuk:   5 orang

>> Back to top

Ayam Gajus Berkrim

4 ekor ayam Air-Chilled NutriPlus
  (ambil  bahagian paha sahaja)
3 batang serai, dilecek
5 ulas bawang putih, dihiris nipis
10 ulas bawang kecil, dihiris nipis
20g pes udang
2 biji limau nipis (perah untuk jus
   sahaja)
120ml pati santan kelapa
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh gula
100g biji gajus (digoreng tanpa 
   minyak)
1 biji cili merah, dihiris nipis
minyak masak


Cara-cara menyediakannya:

1. Panaskan 120ml minyak. Tumis bawang putih hingga warna
    keemasan. Angkat dan asingkan. Gunakan minyak yang sama
    untuk goreng hirisan bawang kecil sehingga nampak rangup
    dan keluarkan dari kuali.

2. Gunakan minyak yang sama, goreng paha ayam pula. Setelah
    masak, keluarkannya dan goreng pula serai bersama pes
    udang sehingga naik bau.

3. Kemudian tuangka pati santan kelapa. Biarkan sehingga
    mendidih. Masukkan paha ayam yang telah siap digoreng tadi
    bersama 1/2 bahagian bawang goreng, bawang putih, garam,
    gula dan jus limau. Gaul sebati.

4. Setelah masak, hidangkan ke dalam pinggan dan hias atasnya
    dengan lebihan bawang goreng, hirisan bawang putih dan cili
    merah berserta biji gajus.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak:   25 minit
Hidangan untuk:   5 orang


>> Back to top
 

Ayam Pedas Bersos Tomato

1 ekor ayam Air-Chilled NutriPlus
  dipotong 12
4 biji tomato segar dipotong 4
1 ulas bawang dicincang
1 sudu besar pes cili

Bahan-bahan dikisar:

6 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari
1 tin 140gm pes tomato
1 tin 400gm tomato tanpa kulit
garam dan lada sulah secukup rasa
minyak masak
2 tangkai daun bawang untuk hiasan


Cara-cara menyediakannya:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak, goreng bawang sehingga
    lembut dan masukkan bahan yang dikisar, pes cili dan goreng
    sehingga naik bau. Masukan ayam yang sudah dipotong dan
    goreng selama 3 minit.

2. Masukkan tomato tanpa kulit, pes tomato, tomato segar dan air
    sehingga menutupi ayam. Masak ayam untuk 20 hingga 25
    minit atau sehingga lembut dengan api sederhana.

3. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Padamkan api
    dan hiaskan dengan daun bawang.

Masa penyediaan: 20 min
Masa memasak:   30 min
Hidangan untuk:   5-6 orang


>> Back to top

Soto Ayam Madura

1 ekor ayam Air-Chilled NutriPlus,
  dipotong empat
2 liter air

Bahan Dikisar:

2sm halia
2sm kunyit
10 ulas bawang kecil
1 camca teh tepung jagung
4 helai daun ketumbar
5 ulas bawang putih
1 camca garam
2 batang serai
4 helai daun limau purut
2 paket ketupat nasi (masak ikut arahan)
60g taugeh
6 helao daun parsli, dicincang halus
4 biji telur rebus, dipotong empat
bawang goreng (pilihan)
1 ulas kiub ayam (pilihan)
garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Bahan Sos:

6 biji cili merah, dilecek
2 camca besar kicap manis
2 camca besar jus limau nipis (dicampur)


Cara-cara Menyediakannya:

1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam air yang
    mendidih
    dan biarkan hingga empuk. Kemudian angkat dan biarkan
    sejuk. Ketepikan dulu air rebusan ayam.

2. Panaskan minyak dan goreng potongan ayam tadi hingga
   berwarna keemasan. Biarkan sejuk, ambil isi daging ayam
   sahaja, direlai halus-halus, buang tulangnya.

3. Untuk menumis gunakan 3 camca besar minyak, masukkan
   serai dan biarkan sehingga naik bau. Masukkan bahan yang
   siap ditumis ke dalam air rebusan ayam dan didihkan pula
   selama 20 minit. Masukkan pula daun ketumbar, garam dan
   serbuk lada hitam secukup rasa.

4. Tuangkan air rebusan ayam ke dalam mangkuk yang berisi
    nasi himpit yang telah dipotong dadu. Masukkan pula taugeh
    dan daun parsli. Kemudian baru dimasukkan pula hirisan
    daging ayam tadi, telur rebus dan juga bawang goreng.

5. Hidangkan bersama bahan sos agar lebih berperisa.

Masa penyediaan: 20 minit
Masa memasak:   40 minit
Hidangan untuk:   6 hingga 8 orang


>> Back to top